LAMANYER TAK BERBLOG
Post kali ni kiranya comeback akak setelah setahun akak tak berblog...kerja rutin dan aturan hidup merupakan punca akak tak dapat dan tak sempat berkarya. Insyaallah...akak akan jadikan medium ini untuk share pengalaman, pandangan dan tips untuk sesuatu, barang atau eksperimen yang akak dah cuba. Jadi terpulanglah sama ada ianya boleh dikongsi atau dijadikan ilmu yang bermanfaat sebagai kegunaan you all semua...ok nanti kita jumpa lagi ye.
Tuesday, 6 September 2016
Monday, 5 September 2016
REVIEW BARANG GO SHOP: Philips Air Fryer
Okay kali ni review Air Fryer lak. Okay untuk makanan Frozen memang cantik macam gambar nugget di bawah ni. Hanya digoreng selama 6 minit dengan suhu 200 darjah celcius...rasa diapun sedap... so sape2 yang nak belipun disarankan boleh beli...sorry dah setahun simpan draft ni. dah guna setahun pun masih best. Bukan nugget je dalam tempoh setahun beli Philips ni akak dah guna untuk goreng ayam goreng KFC, ayam madu, chicken pop corn, ikan goreng, buat kek, french fries (home made) dan macam-macam lagi. Akak dah pernah experiment goreng keropok udang tapi mission gagal x berjaya.
CLEANING HACKS!!
Dont worry mesti ramai yang tak suka nak cuci kerak2 yang tersangkut kat Philips Air Fryer nikan. Dont worry akak ada caranya. Ok bahan-bahan yang anda perlukan adalah berus (contoh berus gigi lama, baking soda, dish soap dan air). Ok cara-caranya, taburkan baking soda dalam air fryer tu then taburkan dish soup dan air paip, pastu letak balik air fryer tu kat tempat asal dan putarkan masa 15 minit dengan suhu 200 darjah celcius. After 15 mins....tadaaa...magic will happen...u all buang air tadi dan cuci seperti biasa...you all cuba la baru boleh tahu macam mana senang nak cuci benda alah tu. Ok selamat mencuba...Akak review and rate alat ni :
Thums Up!!!!
Friday, 30 January 2015
REVIEW BARANG GO SHOP: Happy Call Frying Pan
Tak sabar nak review alat ni: Beli di Go Shop Happy Call Frying Pan. Tapi lupa nak ambik gambar. Hmmm tapikan memang sangat berbaloi untuk orang yang kejar masa seperti akak ni. Bayangkan masak Salmon Grilled cuma 6 minit then terbalik kan jadi sangat lah garing dan cantik dan yang paling menakjub dia masak keseluruhannya...hmm...Mr. Soulmatepun suka...yahoo!! Terima kasih Ya Allah. Okay mari kita jamu mata tengok hasil masakan menggunakan Happy Call Frying Pan...
Bestnya!! Sambil Happycall Frying Pan menjalankan tugas, akakpun buat garnishing dia....Sangat lah sihat. Hah nampak tak ira grilled dia...cantikkan. Bagi yang ada bajet and takde maid dan kejar masa macam akak ni silakan lah mencuba Happy Call Frying Pan. Plus mudah membasuh dan nak masak lauk seterusnya especially kalau sebelum tu kita masak sambal...i really like it. Thank so much Go Shop!!...Akak bagi...untuk Happy Call Frying Pan:
| Salmon Grilled..sila abaikan baby carrot dan tomato yang tidak dipotong tu...Mr. Soulmate dah lapar...so hidangkan jer. |
![]() |
| Thumbs Up!!!! |
Tuesday, 27 January 2015
KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN
Salam semua,
Ok semalam keputusan HLP untuk sesi 2015 dah keluar. Keputusannya aku tidak berjaya, sungguhpun tidak berjaya aku ingin ucapkan syukur kepada Allah kerana beri aku peluang rasa pengalaman di temuduga untuk HLP. Sebab aku tidak berjaya adalah kerana markah keseluruhan di bawah ranking 500 yang teratas. So takpelah ada 500 orang yang lebih layak dan berkemampuan dari aku buat masa ni. Aku terima dengan redha kerana aku memang doa sekiranya masanya belum sesuai untuk aku sambung belajar maka jauhkan lah aku. Syukur Alhamdullillah :). Tapi misi untuk turunkan berat harus tetap diteruskan...yeay jangan mudah putus asa ayuh teruskan usaha.Friday, 23 January 2015
Sudah Mula: Lets Do It With JM 30 Days Shreded...
30/01/2015
31/01/2015
Level 2
01/02/2015
02/02/2015
03/02/2015
04/02/2015
05/02/2015
06/02/2015
07/02/2015
08/02/2015
09/02/2015
10/02/2015
Level 3
11/02/2015
12/02/2015
13/02/2015
14/02/2015
15/02/2015
16/02/2015
17/02/2015
18/02/2015
19/02/2015
20/02/2015
Subscribe to:
Posts (Atom)


